Sabtu, 30 April 2011

Tanpa aku sedari sudah tamat penjawatan aku sebagai SUAK JPP IPG Kampus Ilmu Khas ini.

Salam wbkt, salam muhibbah buat semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmah dan inayahnya, akhirnya aku telah tamat perkhidmatan aku sebagai Setiausaha Agung Kehormat (SUAK) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Ilmu Khas bagi Sesi 2009/2011. Sepanjang penjawatan ini, bnyak perkara yang telah samada secara sedar atau tidak aku lalui. Pengalaman ini bukanlah suatu pengalaman yang biasa. Inilah ruang yang telah diberikan oleh-Nya bagi mematangkan aku sebagai mahasiswa di IPG KIK ini.


kembali kepada coretan pada permulaan cerita pada tahun 2009, aku bukanlah seorang yang layak untuk memegang jawatan ini, tambahan pula jawatan Setiausaha Agung Kehormat yang majoritinya sinonim dipegang oleh kaum hawa dalam organisasi kepimpinan pelajar. Namun senior aku ketika itu Maizatun Akma Nordin (kak Mai) merangkap mantan SUAK JPP 2007/2009 telah meletakkan aku sebagai calon bagi portfolio SUAK ini dalam PRK 2009. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu akan gundah gulana dihati ini. mati aku...mati aku..mati aku... itulah kalimah yang selalu berlegar2 dalam fikiran dan dada aku. INI SUATU TUGAS YANG AMAT BERAT!!! argh... Kak Mai aku persalahkan 100%. Kak Mek (Nazma Nizura) yang juga merupakan senior aku serta rakan2 dan senior2 yang lain tidak henti2 memberikan semangat dan harapan kepada aku. Tiba borang pencalonan diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihanraya Kampus, aku amat terperanjat. Tiada calon lain yang ingin bertanding untuk portfolio ini. Aku Menang tanpa bertanding!!! huh... lagi la bertambah getar dan takut dalam diri ini. namun aku gagahi juga... Teringat kepada pesan kak Mutmainnah binti Sharum (kak Ina- merangkap mantan Naib Pengerusi biro kerohanian JPP sesi 2007/2009), bahawa adanya saya dalam portfolio ini adalah dipilih oleh Allah. bukannya daripada makhluk yang lain. cuma makhluk yang lain itu hanyalah sandaran kepada pilihan Allah ini. Besar pesanan ini buatku. itulah yang aku pegang semenjak itu dan hingga akhrnya.


Setelah selesai pilihanraya kampus, secara rasminya JPP 2009/20011 memulakan tugasnya. aku amat bertuah kerana telah dibantu oleh Hidayati Kasmuri (Naib SUAK) yang mmg sporting abis dan komited dalam kerjanya. Tugas aku juga turut bertambah2... dengan meetingnya, kursus itu, kursus ini, program itu, program ini, lawatan itu, lawatan ini, urusan itu dan ini serta sebagainya. Hal akademik juga perlu diutamakan. Pada peringkat awal mmg sukar untuk aku uruskan masa belajar dan masa untuk berorganisasi, pengalaman aku sebagai AJK Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu aku dalam menyesuaikan keadaan ini. hari demi hari berlalu, pengalaman dan pengalaman telah aku lalui membuatkan aku bertambah matang dan berani dalam membuat sebarang tindakan. Hubungan sesama Ahli dalam JPP ini amatlah erat dan bersatu hati. Inilah kunci kekuatan kami dalam menghadapi segala cabaran dalam kepimpinan mahasiswa IPG Ik. Terima kasih sahabat2 semua.

Ramai yang tanya kepada aku, "tak sibuk ke jadi JPP ni???", Suka ke jadi JPP ni??" dan ada juga yang cakap kat aku " ko ni jadi jadi tukang jilat punggung HEp jer... ko ni kaki ampu Pensyarah & HEP jer..." huh... Astarfirullah al azim. bengang giler bila dituduh sebegini. Sebenarnya sepanjang aku menjadi JPP ni banyak perkara yang ingin kongsikan pada kalian.

Pertama, pelajar dan kawan2 guru pelatih semua.

Memang diakui bahawa tugas kami adalah untuk menjaga dan membela kebajikan kalian semua. tetapi kebajikan kami juga perlu kami jaga. berdsarkan pengalaman saya sendiri, kebnayakan mahasiswa IPG suka bercakap belakang2... suka dengar khabar angin, mudah melabel sesuatu perkara dengan sesuatu yang tidak ada kebenarannya dan suka berlagak pembela suara pelajar di tempat yang salah. Sebagai contoh, apabila melibatkan isu Elaun lambat, dengan mudahnya mereka melabel Pentadbiran "Menternak" Duit pelajar. Apa bukti yang mereka ada??? TAK ADA. hanya cakap2 provokasi yang boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri. JPP juga dituduh dengan terang-terangan bahawa jkami tidak menjalankan tugas, kami sebagai anjing pentadbiran dan sbgainya. Kami sebenarnya telah mendahulukan aduan ini kepada pihak pentadbiran sebelum mereka bersuara lagi. namun apa maklumbals yang diberikan oleh pihak berkenaan tidak mnyebelahi pihak kami. kami juga pelajar seperti mereka, takkan kami nak berdiam diri bila hak kami dan hak pelajar2 seperti kami tidak diberi pada waktu yang telah dijanjikan. Ini adalah mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuh oleh semua orang dalam marcapada ini. Masih teringat suatu peristiwa dimana ketika itu, JPP telah mengatur masa antara pihak pentadbir dan pelajar untuk bersemuka bagi merungkailan segala masalah yang dihadapi, namun hanya beberapa orang sahaja yang berani untuk tampil mengadukan masalah yang dihadapi. mereka yang sebelum ini rancak dan lantang bersuara dalam laman maya Facebook Suara Komuniti tidak nampak pun batang hidung.. malah ada antara mereka yang duduk menyorok tunduk muka dicelah2 ratusan pelajar yang hadir. Minda mahasiswa IPG Ik perlu diubah. Kita sudah setaraf dengan IPTA2 yang lain. Sepatutnya minda dan roh kita juga perlu berubah seiring dengan penaiktarafan ini. kita bukannya budak sekolah lagi. kita sudah bergelar MAHASISWA.

peristiwa yang berlaku telah memberikan tekanan yang besar kepada aku dan sahabat2 kepimpinan yang lain. Kena pula ketika itu aku sedang menjalani amalan praktikum fasa 1 di SKPK Seremban. bertalu2 panggilan yang aku terima daripada sahabat2 bertanyakan pasal elaun, ada yang mngutuk aku, ada yang memarahi aku dan ada yang mngugut aku. Tekanan kerja kian bertambah2... pada waktu tu hanya pada Allah aku sandarkan ujian aku ini.

Kedua, cabaran waktu P&P.

Tidak dinafikan bahawa menjadi seorang pemimpin pelajar bukanlah suatu yang mudah. masa memainkan peranan pnting dalam melalui segala ini. Bila ada urusan rasmi semasa kuliah sedang berjalan, in ilah yang amat merunsingkan... pada peringkat awal2, mmg rakan2 dan pensyarah akan memahami situasi kita. tapi bila sudah jadi acap kali, ini akan meloyakan mereka. manakan tidak disenangi, jika aktiviti perbincangan dalam kumpulan kami tidak terlibat, kerja dalam kumpulan, kami tak sertai dengan menyeluruh dan banyak program2 kelas yang kami tak dapat sertai. Walaupun kami mendapat pengecualian kuliah secara rasmi, namun aku tetap Sedih dengan apa yang berlaku. bukan kerana sikap atau perlakuan rakan2 sekelas, mmg betul tindakan dan perasaan mereka itu. apa yang mnyedihkan aku adalah pengurusan masa yang tidak sistematik. Sukar untuk mngatur masa pada ketika itu. kebanyakan aktiviti2 atau program2 yang dijalankan di IPG adalah pada waktu kuliah. kami JPP tidak boleh lari daripada keadaan ini. kami terpaksa menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami. pada waktu yang sama Core Business kami juga perlu kami jaga. Secara jujur aku katakan bahawa pointer aku jatuh sedikit pada semester pertama dan kedua semasa memegang jawatan ini. Inilah kelemahan yang perlu aku atasi.

..... bersambung pada post akan datang.
(kelebihan dan harapan)

Khamis, 28 April 2011

Lama tak Update Blog aku...


Assalamualaikum semua.

harap semua sihat sejahtera hendaknya...
kali ini aku ingin memulakan perkongsian sepanjang menjalani praktikum Fasa III di
SKPK (CP) Jalan Batu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sekolah ni mmg betul2 terbaikkk yang pernah aku pergi. Daripada struktur bangunan nya tidaklah berapa gah, tapi daripada segi pengurusan, hubungan sesama guru2 dan warga sekolah, ibu bapa dan murid2 amat baik. Saya amat sukakannya.

Ahad, 16 Januari 2011

Demam Denggi...


Demam Denggi??? Saya pernah mengalaminya. Sangat Perit... Tiap2 hari kena pergi ke hospital untuk analisis darah. sampaikan tangan saya dah naik bengkak kerana setiap hati akan dicucuk jarum. huh... sakit??? mmg la sakit. apa gejala2 denggi eks??? Makluman ini saya amik kat internet . jom baca... manfaat untuk bersama.


Oleh:Siti Noraini Bt Othaman
Program Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes dijalankan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi. Apakah kempen kesedaran tidak meninggalkan bekas di hati dan minda masyarakat atau kempen itu sendiri yang gagal adalah dua perkara yang perlu dipersoalkan. Hakikatnya, saban tahun negara akan dikejutkan dengan kematian disebabkan denggi. Kita masih lagi dikejutkan dengan berita pemergian allahyarham pelakon dan pelawak terkenal tanahair Din Beramboi baru-baru ini disebabkan oleh denggi. Kita juga tentu masih tidak dapat melupakan laporan kematian kanak-kanak dan orang dewasa pada pertengahan 2009 disebabkan oleh masalah yang sama.



Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa. Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti mempunyai tanda atau tompok putih-perak di kepala yang terbang di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah manakala Aedes albopictus menunjukkan terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai persamaan melalui tabiat bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas yang menakung air. Demam denggi berpunca dari nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.



Memandangkan penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal yang terletak di garisan khatulistiwa, sejumlah 2 bilion penduduk di negara-negara ini dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa Asymptomaticatau dan Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis demam denggi tertentu. Dalam perubatan moden, demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah demam tanpa mengalami sebarang gejala iaitu denggi klasik (Classical Dengue Fever). Dalam kes ini pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit. Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever atau Dengue Shock Syndrome) pula mempunyai gejalanya yang hampir sama dengan denggi biasa namun pesakit akan mengalami pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut. Demam denggi berdarah amat merbahaya dan boleh membawa kepada risiko kematian. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan kawasan tertentu di negara-negara tropikal.

Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya pesakit yang disyaki denggi akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan meminum air dengan lebih kerap. Pesakit akan dimasukkan ke wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah dan semasa menjalani sesi rawatan pesakit akan di beri rawatan utama iaitu terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan cecair badan mengambil air dengan banyak. Sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu minum, air akan ditambahan melalui cecair intravena akan diberikan untuk menghalang kekeringan air dalam badan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya kuantiti platlet darah turun dengan mendadak.



Simptom-simptom demam denggi ialah: - demam kuat secara mengejut. - demam berterusan - sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata - ruam atau bintik merah di kulit - pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi - pesakit juga akan mengalami sakit kepala - hilang selera makan - muntah-muntah dan sakit perut.



Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam.



Amalan Pencegahan

Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara ini perlu kerana tanpa kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai sebagai habitat pembiakan nyamuk Aedes. Cara yang paling praktikal dalam usaha mengelakkan dijangkiti demam denggi dan menghalang pembiakan nyamuk antaranya ialah menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.



Justeru itu, demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup dan masyarakat setempat. Walaupun kita kerap didedahkan dengan berita tentang kematian akibat deman denggi ini, masyarakat masih lagi mengabaikan tahap kebersihan rumah dan kawasan persekiran. Masyarakat dan pihak penguatkuasaan perlu lebih melipatgandakan usaha untuk mencegah penyakit demam denggi. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakkan nyamuk. Sekiranya pekara ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah “Denggi Membunuh”.

"Bersama mencegah Aedes, bersama mencegah Denggi"

Tugas Seorang Guru Biasa...



Seringkali bila ada sahabat mahupun kenalanku bertanya padaku, "Belajar Mana Sekarang ni???" Aku pun Menjawab "Kat IPG Kampus Ilmu Khas". lalu sahabatku berkata kepadaku dengan sinis, "Untunglah awak, habis kerja nanti, confirm dapat kerja. Jadi cikgu pula tu.... Bukannya kerja berat pun.. masuk pagi, balik sama ngan budak2. dapat banyak kmudahan kerajaan pulak tu... " ermmm... Rasa berbulu juga. tapi tak boleh salahkan dia. Dia tak tahu apa tugas sebenar seorang guru. Berikut adalah tugas seorang guru biasa di sekolah....

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

"Bertugas Dengan Ikhlas, Damai Ditemui...."

Sabtu, 8 Januari 2011

8 hari berada di Kuala Lumpur...


8 hari berada di ibu kota ini amatlah lama dibandingkan dengan 50 hari berada ditempat kelahiranku. namun inilah dikatakan penghijrahan. berpindah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jika Dibiarkan aku berada lebih lama di kampung Halamanku, sudah pasti, akal ini tidak diasah dengan sebaiknya, iman ini tidak diisi dengan sempurnanya dan ilmu didada hanya sekelumit cuma. Lantaran itu, Penghijarahan aku pada kali ini bukanlah sama sangat pun... dah masuk tahun akhir. tak sampai setahun lagi nak habiskan saki baki dunia pengajian di IPT dan tak lain tak bukan di IPG KAMPUS ILMU KHAS yang telah memberikan seribu satu macam pengajaran dan pegalaman.

Berada dikampung baru2 ini telah meningkatkan selera makanku. hehehhe.. berat bertambah 3 kg. ermm.. bukan pada cuti baru2 ini sahaja berat ak bertambah. tapi hampir setiap kali cuti.... MESTI berat badan akan bertambah dan badan juga semakin lebar persis rotI canai yang makin ditebar makin lebar. kenapa eks???? Oh... Berada dikampung umpama berada di Syurga.. Hati Sentiasa Tenang dan Senang. Berada bersama keluarga terCinta merupakan satu nikmat yang tak terkira Nilainya. Selalunya bila balik rumah, mak aku la org yang paling gembira kerana "pembantu gerai" nya sudah pulang untuk menyarung apron memegang sudip (ting tang ting tung... alexander..) membantunya menggoreng pisang di kampung... hehehehhe... ak sebenarnya malas. tapi bila memikirkan pengorbanan ibu ak yang tak dapat diukur dengan apa jenis alat pengukur didunia ini, aku relakan hati untuk membantunya. Seronok??? MEMaNG SERONOK. 10 keping pisang yang digoreng, 2 keping adalah untuk aku.. hahahhaha.. jadi kalau banyak lagi yang digoreng, maka banyaklah yang aku makan seharian. ahhahahaha.. TAK PUAS ke makan pisang goreng Tiap2 hari??? TAK PUAS!!!!! sbb ianya adalah air tangan mak aku!!! hehehhehe
Selain pisang goreng, kedai mak aku juga jual keropok lekor goreng, cucur bawang (TRG panggilnyaJE"PUT BAWANG mnkl org klantan panggilnya JE"PUT MALAH"), UBI STELLER (ubi keledek goreng), dan yang paling SPESELLLL.... TAPAI UBI CELUP TEPUNG...... nikmat tak terkira bebbbbb.... hahahhahaha... mak aku ni buat juga mee goreng halus (bihun) dan mee goreng kasar (mee kuning).
itu bab makanan, minuman pulak??????

ader ABC, air karbonat, air panas , cendol pulut dan paling speselll... AIR BATU JAGUNG!!!


itu kerja waktu siang... malamnya pulak..........

pergi beli barang kat pasaraya (beli barang2 basah dan bahan2 nak buat tepung tuk menggoreng). pastu g kedai MOKTEH TEBAKANG tuk beli pisang. Kalau pisag tak masak....... baliknya kenalah peram pakai UBAT BECA (kabaid)..... itulah kerja aku di kg.... Pagi Pisang... Petang Pisang... dan Malam PIsang!!!!...

Siang2 hari aku mmg tak makan nasi... tp bila malam menjelma......... ayah panggil semua anak2nya tuk makan bersama2... time ni jangan haraplah nak DIET!!! lagi tambah adalah.... hahahhaa.. kalu makan sorang2 1 pinggang... bila makan ramai2 mau tak abis 3 pinggang... hahahha... lauk buka banyak pun... cukuplah sekadar kuah singgang dan budu serta ulam2an.... habis punyer la... hahahha..

Itulah kisah bila berada di KG....

Di KL pulak......

Balik sini takyah kmas barang... sbb bilik jd stor. hehehhe(untung kami).... kelas sem ni agak padat. perpindahan kelas dari blok D ke blok library buatkan kami cam janggal cket... kami Rupa2nya dah SENIOR!!!!! hahahhahahha... 5 minggu jer interaksi di IPG dan akan keluar pada bulan 2 nanti untuk PRAKTIKUM!!!!! kali ni aku dapat SKPK JALAN BATU. KL. dekat jer ngan maktab... Alhamdulillah bley saving sikit... Minggu Pertama ni... belajar 2 subjek jer. BIMBINGAN DANKAUNSELING serta PENYELIDIKAN TINDAKAN. kedua2 kelas ni mmg best... terutama kelas B&K. Classmate agak gampang sem ni. tiap2 hari AKU KETAWA TERBAHAK2..... Buat AJIS, NAIM, FAKHRUR, Marul dan AFIQ (nama2 dikumpulan aku) mmg jahat sekali... hahahhaha...

tapi sedih bila azlan masuk Wad. Suspek Kencing Tikus... stakat ni dah 2 kali ziarah dia. tp semua cam dah makin okey. Alhamdulillah.

huh.... (mengeluh perlahan...) kerja pun makin bertambah2....

anttara kerja yang sentiasa ada :

akademik = PENYELIDIKAN TINDAKAN, FAILING MQA, PRAKTIKUM, dll
bukan akademik = TUGAS2 JPP..... PILIHANRAYA KAMPUS...MESYUARAT AGUNG JPP...(tugas S/usaha JPP) mmg menuntut pengorbanan yang amat tinggi. aku suka kannya!!! heehhehe....

ermmmm... baru teringat tentanbg ELAUN>>>> tak dapat2 lagi... maklum lah baru bulan 1. agak2 dalam bulan 2 baru dapat kot. Panggilan dan pertanyaan demi pertanyaan sentiasa menyelubungi hidupku dan rakan2 seperjuangan sekalian.... huh... sabar yer kawan2... kita akan dapat. sabar. no komen... (tak berani nak cakap)... huhuhu...

dah la tu... itulah faktor kenapa aku merasakan 8 hari ni amat panjang... hahahhaa...

HARI2 TERAWAL DI TAHUN AKHIR....

sELAMAT bERJUANG sAHABAT2KU!!!!

"....gagal merancang,
merancang kegagalan..."

"...ijazah terbaik dari jalanan.."

Jumaat, 7 Januari 2011

Bila Aku Berbaju Putih....


Bila aku berbaju putih,
Sungguhlah harum dan bersih
tiada siapa yang sanggup meminjamnya...
kerana itulah bajuku yang terakhir.

Bila aku berbaju Putih,
Keluarga terdekat semuanya menangis,
saudara yang jauh menahan linangan,
teman yang datang turut meratap.
kerana itulah perjumpaan yang terakhir.

Bila aku berbaju putih,
tiada lagi ruang untuk aku kembali
tiada lagi peluang untuk aku memohon
Tiada lagi waktu untuk aku memilih
hanya amal sebagai bekalan disana.

Bila aku berbaju putih,
aku dipindah ke taman yang sunyi.
hanya nisan menjadi tugu
dihiasi kemboja subur berbunga.

Bila aku berbaju putih,
takut disoal amatlah perih,
menjeritlah aku kerana pedih,
kerana dosa aku ditindih,
tertutuplah simpati untuk diraih.

Duhai Insan lihatlah bajuku ini.
sebelum ianya sama dipakai,
samalah kita siapkan diri,
kerana detiknya kita tak pasti,
mungking lusa, esok atau kini....
HANYA MENUNGGU DIJEMPUT ILLAHI.



izzad - Kolej kediaman Aman
3.00 pm
8 jan 2011.

AKU SUKA KETAWA.... TAHUKAH ANDA BAHAWA KETAWA MEMPUNYAI KESAN YANG SAMA DENGAN BERSUKAN???


Tidak punya waktu untuk berbersukan? Paling tidak cubalah meluangkan waktu untuk ketawa. Ketawa berulang, menurut sebuah kajian dari Loma Linda University's Schools of Allied Health (SAHP) and Medicine, mempunyai efek yang sama dengan bersukan terhadap tubuh.

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahwa ketawa tidak hanya menguatkan mood positif, tetapi juga menurunkan hormon stres, meningkatkan aktivitas kekebalan tubuh, menurunkan kolesterol, dan tekanan darah. Efek ini sama dengan efek aktivitas fisik tingkat sedang.

Dalam kajian ini, peneliti memperlihatkan serangkaian video lucu dan video yang menjengkelkan kepada partisipan. Tepat sebelum dan sesudah melihat masing-masing video, peneliti mengambil sampel darah partisipan dan mengukur tekanan darah mereka.


Hasil ujian menunjukkan, video lucu mengubah tekanan darah, kadar hormon, dan endorfin sama seperti efek bersukan.

Dr. Lee S. Berk, pakar perawatan pencegahan dan peneliti psikoneuroimunologi dari Loma Linda University, telah mengerjakan kajian-kajian tentang ketawa selama hampir 30 tahun.

"Kita akhirnya mulai menyedari bahwa perilaku dan emosi kita sehari-hari mengatur tubuh kita dengan berbagai cara," tutur Berk, seperti dikutip situs foxnews.com.