Jumaat, 7 Januari 2011

Bila Aku Berbaju Putih....


Bila aku berbaju putih,
Sungguhlah harum dan bersih
tiada siapa yang sanggup meminjamnya...
kerana itulah bajuku yang terakhir.

Bila aku berbaju Putih,
Keluarga terdekat semuanya menangis,
saudara yang jauh menahan linangan,
teman yang datang turut meratap.
kerana itulah perjumpaan yang terakhir.

Bila aku berbaju putih,
tiada lagi ruang untuk aku kembali
tiada lagi peluang untuk aku memohon
Tiada lagi waktu untuk aku memilih
hanya amal sebagai bekalan disana.

Bila aku berbaju putih,
aku dipindah ke taman yang sunyi.
hanya nisan menjadi tugu
dihiasi kemboja subur berbunga.

Bila aku berbaju putih,
takut disoal amatlah perih,
menjeritlah aku kerana pedih,
kerana dosa aku ditindih,
tertutuplah simpati untuk diraih.

Duhai Insan lihatlah bajuku ini.
sebelum ianya sama dipakai,
samalah kita siapkan diri,
kerana detiknya kita tak pasti,
mungking lusa, esok atau kini....
HANYA MENUNGGU DIJEMPUT ILLAHI.



izzad - Kolej kediaman Aman
3.00 pm
8 jan 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan