Jumaat, 27 November 2009

ha........ dia pun de haji jugop...

World Youth Day 2008: Haji Orang Kristian?
www.iluvislam.com
oleh: ibn_affandi

wyd

Pengenalan


World Youth Day 2008 (WYD) yang telahpun berlangsung pada 15 hingga 20 julai merupakan event terbesar di Australia untuk tahun ini, dengan pembelanjaan sebanyak 129 juta AUD. Secara kasar, WYD adalah acara yang dianjurkan oleh Catholic Church untuk mengajak muda-mudi kristian di seluruh dunia dalam satu ‘pilgrimage' untuk mengenal dan kembali kepada ajaran agama tersebut. Program ini diasaskan oleh Pope John Paul II pada tahun 1986. Pada tahun ini WYD dihadiri oleh figure terbesar dalam Kristianiti iaitu Pope Benedict XVI

WYD telahpun diwarwarkan di Universiti saya, UNSW seawal semester ke-2 tahun 2007. Saya sendiri tersalah faham dengan perkataan WYD, membayangkan ianya merupakan acara untuk meraikan golongan muda secara umum
kerana namanya yang tiada langsung mengaitkan dengan kristianiti bagi sesiapa yang baru mendengarnya.

kelihatan perkataan jesus ditulis di langit dengan menggunakan bantuan kapal terbang sehari sebelum WYD bermula.


Aktiviti Sepanjang WYD

15 Julai, Berlangsung upacara pembukaan dengan ‘Opening Mass' di Barangaroo. Lebih kurang 150 000 pilgrim atau ‘jemaah' majoriti dari luar negara dan Australia berkumpul di sana untuk meraikan acara pembukaan yang seolah-olah seperti sebuah konsert. Berdasarkan maklumat yang diberi di dalam web rasmi WYD, seramai 100000 orang pilgrim berdaftar dari Australia sendiri dan rombongan luar negara paling ramai ialah dari eropah dengan anggaran 54000 orang.

Pada 17 Julai, Pope Benedict XVI tiba di Sydney. Ketibaan beliau disambut baik oleh Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd. Sepanjang kehadiran beliau di Sydney, Pope Benedict selalu diiringi oleh Archbishop of Australia dan sepasukan pengawal peribadi bagi menjamin keselamatan beliau. Kereta yang dinaiki oleh Pope dibuat khas oleh Mercedez-Benz dengan kelengkapan bullet-proof, kemungkinan besar untuk mengelak kes cubaan membunuh Pope John Paul II yang pernah berlaku suatu masa dahulu semasa beliau sedang membuat perarakan umum di Vatican pada 13 Mei 1981.

Sepanjang program WYD berlangsung kelihatan kelibat ‘jemaah-jemaah' mereka bergerak dalam kumpulan seramai 10 -30 orang selalunya mewakili negara masing-masing (mereka akan membawa bendera negara bersama-sama) di sekitar kawasan sydney. Ada diantara rombongan tersebut yang menyanyikan lagu-lagu gereja sambil berarak, seolah-olah seperti jemaah haji yang melaungkan talbiah. Saya juga pernah ternampak rombongan dari Malaysia.

Semasa melawat Circular Quay (tempat terletaknya Syndey Opera House dan Harbour Bridge yang menjadi pujaan pelajar-pelajar Civil Engineering) pada petang 18 haribulan, sedang berlangsung acara ‘lakonan semula' babak penting dalam kehidupan Jesus berdasarkan ‘blibical history', antara babak yang di'highlight' ialah ‘The Last Supper' dan ‘The Agony in the Garden of Gethsemane', iaitu persiapan sebelum Jesus disalib. Saya berkesempatan melihat sendiri seorang pelakon yang melakonkan watak Jesus ( yang kelihatan seperti seorang latin,??) memikul kayu salib dari Sydney Opera House ke Sydney Harbour sambil di iringi dua askar Roman yang lengkap berpakaian dengan kelengkapan era ‘Roman 2nd Age' (yang biasa nampak dalam permainan komputer). Pelakon tersebut kemudian dinaikan di atas sebuah platform dan disalib dengan salib kayu yang dipikulnya, untuk tatapan semua pilgrim yang hadir sebagai memperingati pengorbanan Jesus.


Pada 19 Julai di St. Mary's Cathedral, Pope Benedict XVI melakukan permohonan maaf secara besar-besaran kepada mangsa penderaan sex kanak-kanak yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian katolik. Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai suatu kejahatan dan melahirkan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa. Dalam kesempatan itu juga, beliau memohon maaf atas kenyataan yang mengaitkan Islam dan keganasan yang menyebabkan kemarahan dunia Islam terhadapnya pada tahun 2006.

Pada hari malam terakhir program (19 haribulan) hampir semua ‘jemaah' berkumpul di Randwick Racecourse untuk bermalam di sana. Suasana seolah-olah bagaikan di padang Arafah, terdapat khemah-khemah yang juga berwarna putih yang didirikan di sana untuk menampung bilangan jemaah yang dianggarkan seramai 153 000 orang. Randwick Racecourse merupakan pusat lumba kuda yang terkenal di sydney dan bersebelahan dengan UNSW. Aktiviti lumba kuda yang biasa dilakukan pada hari sabtu dihentikan untuk memberi laluan kepada WYD.

Untuk pengetahuan pembaca, Malaysian Hall terletak betul-betul bersebelahan Randwick Racecourse. Saya pada masa yang sama juga sibuk membantu Junior yang baru tiba di Sydney mengalami kesusahan untuk berulang-alik dari rumah ke Malaysian Hall kerana kesesakan lalu-lintas dan banyak jalan yang ditutup.

Kritikan Dalam Australia.

WYD mendapat tentangan dari segelintir penduduk Australia sendiri. Antara kumpulan protes yang kelihatan sepanjang program adalah dari golongan atheist di Australia. Golongan atheist menunjukan tentangan mereka terhadap Pope Benedict yang mengkaitkan Atheism dengan kekejaman dan kerosakan dalam ucapan beliau ketika lawatannya ke Amerika November tahun lepas. Golongan Atheist dan sekular di Australia telah bergabung dan menubuhkan NoToPope Coalition.

Terdapat juga kumpulan protest yang mewakili mangsa-mangsa penderaan sex kanak-kanak yang dilakukan oleh paderi-paderi Catholic di Australia. Kumpulan ini telah menyatakan bahawa terdapat 107 orang paderi/pegawai agama Kristian yang tertuduh dalam kes ini semenjak tahun 1993. Anthony Foster Seorang ayah kepada dua orang anak yang diperkosa melahirkan perasaan kecewa selepas pertemuannya dengan Pope Benedict di St Mary Cathredal, beliau kecewa dengan kata-kata Pope yang hanya mengulangi ucapan kesal Gereja Katolik tanpa menghulurkan sebarang bantuan terhadap mangsa (The Australian).

Sepanjang program berjalan, lebih 300 jalan sekitar sydney terpaksa ditutup untuk membolehkan pergerakkan ‘jemaah'. Setengah penduduk di sydney terutamanya yang mereka yang terlibat dalam perniagaan dan komersial melihat WYD sebagai beban berbanding peluang. Ini kerana banyak jalan-jalan yang ditutup sepanjang program berlangsung merupakan jalan-jalan utama seperti Alison Road, Anzac Parade, Clevekand Street dan Oxford street secara langsung menyekat pergerakan pernigaan mereka selama beberapa hari.

Sistem pengangkutan mengalami perubahan jadual dan ‘route', akibat jalan-jalan yang terpaksa ditutup. Ini menyulitkan pengguna perkhidmatan awam di sydney.

Penutup

Seorang rakan saya sempat berborak dengan salah seorang pilgrim. Rakan saya menyatakan bahawa mereka sangat baik dan ramah. Ini tidak salah, kebanyakan kristian yang bersungguh dengan agama mereka merupakan orang yang baik-baik, dalam hati mereka lahir perasaan sebagai seorang hamba yang ingin patuh kepada Tuhan yang Maha Agung sebagaimana kita Muslim, cuma mereka tidak bernasib baik untuk dilahirkan dalam keluarga Islam dan seterusnya mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Sebagai muslim, kita tidak boleh memandang mereka dengan perasaan jijik dan berbangga-bangga dengan kelebihan kita yang dilahirkan islam. Ingatlah peristiwa syaitan laknatullah yang enggan sujud kepada Adam ketika diperintahkan Allah, berbangga diri kerana diciptakan dari api. Janganlah berbangga diri tapi kita perlulah bersyukur dan merendah diri kerana kita juga tidak mampu memilih untuk lahir dalam keluarga Islam, dan ketika menerangkan Islam kepada mereka perlulah dilakukan secara berhikmah dan berakhlak.

"Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
(Al-Ankabut:46)

*******************


Rujukan:

World Youth Day 2008 Official Website, viewed on 3/8/08.

The Australian, < http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197,24049778-601,00.html> , viewed on 3/8/08.

Yahoonews, < http://news.yahoo.com/s/ap/20080719/ap_on_re_au_an/australia_pope>, viewed on 3/8/08.

Wikipedia on World Youth Day, viewed on 3/8/08.

Wikipedia on World Youth Day 2008, viewed on 3/8/08.

Wikipedia on Pope John Paul II, viewed on 3/8/08.





Khamis, 26 November 2009

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR


MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.

Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.

Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.

Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Dipetik daripada : http://peguampas.blogspot.com/

Salam Aidil Adha Buat Semua...

Kelebihan Aidil Adha :


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”

Riwayat Muslim dan Aisyah r.a


a) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.

b) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.

c) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.

d) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:

1) Bertawaf di sekeliling Kaabah sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajar Aswad .
2) Wukuf di Padang Arafah sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.

e) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.

Wahai teman : Usah Risau JIka Belum Berpunya...






Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’



-------------------------------------------------------------------------------------

humaira said: Selantas berfikir, Allah memberikan kepada hambaNya menurut perkiraan hambaNya. Juga Allah memberikan pasangan kepada seseorang adalah insay yang terbaik untuk dirinya.Faktor usaha juga banyk memainkan peranan. Saling lengkap dan juga melengkapi. Janganlah takut kepada cabaran menikah. Menikah sangat2 dianjurkan oleh Islam dan juga Nabi. Golongan yang inginkan pernikahan adalah satu golongan dari beberapa golongan yang Allah S.W.T akan memberikan pertolongan seperti yang telah disebutkan dalam Surah An-Nur ayat 32. Ini janjiNya. Tiada janji yang pernah Allah mungkiri. Cuma , bila waktu dan ketikanya itu, kita tidak tahu. Yang penting, usaha. Usaha pun biarlah kena dengan syari'at, dan jangan pakai tangkap muat semasa memilih.

Barangkali ada yang berfikir , bilakah agak-agaknya Allah mengurniakan pasangan hidup buat kami? Bilakah? Bila? Ya Allah, Yang Maha Mengetahui. Jiwa kami merintih kecemburuan melihatkan sahabat-sahabat kami yang bahagia dalam keberkatan setelah berumahtangga(ikatan yang halal dan sah), dan kami juga berasa kerisauan melihatkan kebahagiaan pada diri-diri mereka yang bercouple tidak tentu hala dan apakah hujung kesudahan perhubungan mereka itu jika tiada langsung memasang niat untuk menikah. kerap berdating dan juga berjumpa tanpa ada hal yang munasabah akan menghalang faktor keberkatan. Tidak ada perkara yang lebih patut bagi kedua-dua insan yang saling mencintai selain dari nikah.

Ucapan tahniah buat classmate yang alhamdulillah telah selamat berumahtangga; iaitu Ridhiallah dan isteri, A'sah dan suami, Nasuha dan suami. Moga kalian memperoleh kesempurnaan agama. Aku tumpang gembira apabila kalian mendapat pasangan yang soleh untuk menemani hidup dan perjuangan hidup kalian.

Alhamdulillah, syukur juga kepada Allah kerana dengan izinNya pada baru-baru ini , sahabatku semasa di Kulliah Lughah Waddin 2004 telah juga menyempurnakan separuh dari agamanya, dan separuh lagi akan disempurnakan mereka setelah berumahtangga. Tahniah buat ukhti dan juga suami. Barokallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir. Subhanallah.. Kedua-duanya adalah hafiz dan hafizah dan masing-masing istiqamah dalam perjuangan dan dakwah. Sama hebat dan sama padan. Tahniah.

Allah akan memberikan pasangan kepada seseorang bila tiba masanya. Yang sudah sampai masanya, alhamdulillah. Yang belum sampai, in sya Allah akan tiba detik itu. Jangan stress sangat, bila orang duk tanya.. "Kak , bila pulak nak nikah, bila pula nak berpndah ke fasa kehidupan yang seterusnya?".. Jawapannya : Senyum ajelah. Berdoalah.

Doa adalah hadiah yang amat mahal.



Dipanjangkan daripada: http://motivasiqolbu.blogspot.com/
Edited from http://www.insanrabbaniyah.blogspot.com/

leSeng... LesenG....

Ak baru dapat Lesen ... Alhamdulillah.

Ahad, 22 November 2009

KURSUS KEPIMPINAN JPP IPGM KIK 2009

SALAM... seInfiniti syukur kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya dapatlah ak dan rakan2 yang lain menyertai kursus ini..

Selasa, 17 November 2009

Doa kupohon, damai kunikmati...

DOA AGAR DILIHAT MULIA DAN BERKARISMA

"Ya Allah ya Tuhanku,

aku ini lemah,
maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu
dan bimbinglah aku kepada kebaikan,
dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan.
Ya Allah ya Tuhanku,
aku ini lemah,
maka kuatkanlah aku,
aku ini hina,
maka muliakanlah aku,
aku ini miskin
maka kayakanlah aku
dan kurniakanlah rezeki kepadaku."

Rabu, 11 November 2009

Exam Fil dunnia...

salam. rini sudah tiga hari peperiksaan berlangsung. maknanya dah tiga paper ak dah duduki. Balik bilik sesudah exam, ak ditanya oleh beberapa orang adik2 sahabat2 di hostel ini dengan pelbagai soalan namun dengan satu jawapan sahaja. antara soalan yang ak terima ialah " camener exam rini?? dapat jwb x??", " baru abih exam ke abang ijad? senang x?" x kurang juga yang bertanya dalam nada positif dan berlapik "abang senyum jer... mesti dapat jawab soklan td ngan baik..." hai abang ijad..... menyanyi dari td lg.... gembira dapat jawab ker... tnsion x dpt jwb??" hahahhaha
pelbagai soalan ak terima daripada mereka. terharu juga coz de yang amik berat pasal ak. dengan snyum ak jawab ngan slamber.... " agak rebeh rini.... tp x serebeh semalam" mereka tertanyer kehairanan... "rebeh???" ak menjawab "ya" dan cuma mampu mgukirkan senyuman jambu pada yang bertanya lantas kucuba menukar topik perbualan... heheheh. berjaya juga. tp jauh disudut hati ini, aku amat gundah gulana la.... x dapat jwb ngan baik dan x kurang pula ader juga yang x sempat nak jawab pun. huhuhuhu.... ini la exam namanya.... de dpt jwb dan de jugak yang x dapat jawab. post-moertem diri mula diakses.... di bilik bedah dicerut minda dan insafku ini, terkeluarlah satu azimat yang sentiasa ak baca dan perhatikan tapi aku x pernah aplikasikan selama ini. aku perhalusi semula bait-bait azimat ini.... " NO FREE LUNCHS......REMEMBER THE ANTS!!!!!!!! OH................. NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bait-bait ini diukir oleh mdm LCP diatas pecisan kertas latihan BRAILLE yang bukan mudah untuk dapatkannya. hanya ak yang dapat.... tapi aku x hargainya.... alangkah mendalamnya maksud bait-bait ini.... ruginya ak... nak makan.. tp xmo kejer..... maner ader org nk bg!!! nak g KLCC tp xmo jalan.... bukannya KLCC tu nk terpacak depan mata.!!! nak minum air nescafe susu.... tp xmau bancuh... maner bley air tersedia sendiri..... jd sumer perlukan USAHA!!!! usaha yang menentukan hasilnya. sepuluh perseratus usaha..... sepuluh perseratuslah hasilnya.... lima puluh perseratus usahanya.... lima puluh perseratus la hasilnya....!!!seratus peratus usahanya..seratus peratuslah hasilnya... dan seratus limapuluh peratus usahanya...... seratus lima puluh peratuslah usahanya...!!!! jelas??? ingat!! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan ia sendiri mengubahnya. jd nak harapkan tepung menjadi roti tanpa ak menguli dan memcuhnya??? jngn harap!!!! usaha sendiri pasti jadi!!!! jd de lg dua paper belum selesai.... gunakanlah masa yang ada ni tuk buat yang terbaik!!!!..... janji!!!! -siasat diri, damai kutemui...-

*rebeh = teruk

Khamis, 5 November 2009

pesan Guru Usah Luper!!!!!!


No frEe LuncH !!!

reMembeR the "ANTS"

-mdm lee chee pHenG-

Ahad, 1 November 2009

senyum ???????? BerFaedah ker???


  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".