Sabtu, 30 April 2011

Tanpa aku sedari sudah tamat penjawatan aku sebagai SUAK JPP IPG Kampus Ilmu Khas ini.

Salam wbkt, salam muhibbah buat semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmah dan inayahnya, akhirnya aku telah tamat perkhidmatan aku sebagai Setiausaha Agung Kehormat (SUAK) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Ilmu Khas bagi Sesi 2009/2011. Sepanjang penjawatan ini, bnyak perkara yang telah samada secara sedar atau tidak aku lalui. Pengalaman ini bukanlah suatu pengalaman yang biasa. Inilah ruang yang telah diberikan oleh-Nya bagi mematangkan aku sebagai mahasiswa di IPG KIK ini.


kembali kepada coretan pada permulaan cerita pada tahun 2009, aku bukanlah seorang yang layak untuk memegang jawatan ini, tambahan pula jawatan Setiausaha Agung Kehormat yang majoritinya sinonim dipegang oleh kaum hawa dalam organisasi kepimpinan pelajar. Namun senior aku ketika itu Maizatun Akma Nordin (kak Mai) merangkap mantan SUAK JPP 2007/2009 telah meletakkan aku sebagai calon bagi portfolio SUAK ini dalam PRK 2009. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu akan gundah gulana dihati ini. mati aku...mati aku..mati aku... itulah kalimah yang selalu berlegar2 dalam fikiran dan dada aku. INI SUATU TUGAS YANG AMAT BERAT!!! argh... Kak Mai aku persalahkan 100%. Kak Mek (Nazma Nizura) yang juga merupakan senior aku serta rakan2 dan senior2 yang lain tidak henti2 memberikan semangat dan harapan kepada aku. Tiba borang pencalonan diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihanraya Kampus, aku amat terperanjat. Tiada calon lain yang ingin bertanding untuk portfolio ini. Aku Menang tanpa bertanding!!! huh... lagi la bertambah getar dan takut dalam diri ini. namun aku gagahi juga... Teringat kepada pesan kak Mutmainnah binti Sharum (kak Ina- merangkap mantan Naib Pengerusi biro kerohanian JPP sesi 2007/2009), bahawa adanya saya dalam portfolio ini adalah dipilih oleh Allah. bukannya daripada makhluk yang lain. cuma makhluk yang lain itu hanyalah sandaran kepada pilihan Allah ini. Besar pesanan ini buatku. itulah yang aku pegang semenjak itu dan hingga akhrnya.


Setelah selesai pilihanraya kampus, secara rasminya JPP 2009/20011 memulakan tugasnya. aku amat bertuah kerana telah dibantu oleh Hidayati Kasmuri (Naib SUAK) yang mmg sporting abis dan komited dalam kerjanya. Tugas aku juga turut bertambah2... dengan meetingnya, kursus itu, kursus ini, program itu, program ini, lawatan itu, lawatan ini, urusan itu dan ini serta sebagainya. Hal akademik juga perlu diutamakan. Pada peringkat awal mmg sukar untuk aku uruskan masa belajar dan masa untuk berorganisasi, pengalaman aku sebagai AJK Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu aku dalam menyesuaikan keadaan ini. hari demi hari berlalu, pengalaman dan pengalaman telah aku lalui membuatkan aku bertambah matang dan berani dalam membuat sebarang tindakan. Hubungan sesama Ahli dalam JPP ini amatlah erat dan bersatu hati. Inilah kunci kekuatan kami dalam menghadapi segala cabaran dalam kepimpinan mahasiswa IPG Ik. Terima kasih sahabat2 semua.

Ramai yang tanya kepada aku, "tak sibuk ke jadi JPP ni???", Suka ke jadi JPP ni??" dan ada juga yang cakap kat aku " ko ni jadi jadi tukang jilat punggung HEp jer... ko ni kaki ampu Pensyarah & HEP jer..." huh... Astarfirullah al azim. bengang giler bila dituduh sebegini. Sebenarnya sepanjang aku menjadi JPP ni banyak perkara yang ingin kongsikan pada kalian.

Pertama, pelajar dan kawan2 guru pelatih semua.

Memang diakui bahawa tugas kami adalah untuk menjaga dan membela kebajikan kalian semua. tetapi kebajikan kami juga perlu kami jaga. berdsarkan pengalaman saya sendiri, kebnayakan mahasiswa IPG suka bercakap belakang2... suka dengar khabar angin, mudah melabel sesuatu perkara dengan sesuatu yang tidak ada kebenarannya dan suka berlagak pembela suara pelajar di tempat yang salah. Sebagai contoh, apabila melibatkan isu Elaun lambat, dengan mudahnya mereka melabel Pentadbiran "Menternak" Duit pelajar. Apa bukti yang mereka ada??? TAK ADA. hanya cakap2 provokasi yang boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri. JPP juga dituduh dengan terang-terangan bahawa jkami tidak menjalankan tugas, kami sebagai anjing pentadbiran dan sbgainya. Kami sebenarnya telah mendahulukan aduan ini kepada pihak pentadbiran sebelum mereka bersuara lagi. namun apa maklumbals yang diberikan oleh pihak berkenaan tidak mnyebelahi pihak kami. kami juga pelajar seperti mereka, takkan kami nak berdiam diri bila hak kami dan hak pelajar2 seperti kami tidak diberi pada waktu yang telah dijanjikan. Ini adalah mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuh oleh semua orang dalam marcapada ini. Masih teringat suatu peristiwa dimana ketika itu, JPP telah mengatur masa antara pihak pentadbir dan pelajar untuk bersemuka bagi merungkailan segala masalah yang dihadapi, namun hanya beberapa orang sahaja yang berani untuk tampil mengadukan masalah yang dihadapi. mereka yang sebelum ini rancak dan lantang bersuara dalam laman maya Facebook Suara Komuniti tidak nampak pun batang hidung.. malah ada antara mereka yang duduk menyorok tunduk muka dicelah2 ratusan pelajar yang hadir. Minda mahasiswa IPG Ik perlu diubah. Kita sudah setaraf dengan IPTA2 yang lain. Sepatutnya minda dan roh kita juga perlu berubah seiring dengan penaiktarafan ini. kita bukannya budak sekolah lagi. kita sudah bergelar MAHASISWA.

peristiwa yang berlaku telah memberikan tekanan yang besar kepada aku dan sahabat2 kepimpinan yang lain. Kena pula ketika itu aku sedang menjalani amalan praktikum fasa 1 di SKPK Seremban. bertalu2 panggilan yang aku terima daripada sahabat2 bertanyakan pasal elaun, ada yang mngutuk aku, ada yang memarahi aku dan ada yang mngugut aku. Tekanan kerja kian bertambah2... pada waktu tu hanya pada Allah aku sandarkan ujian aku ini.

Kedua, cabaran waktu P&P.

Tidak dinafikan bahawa menjadi seorang pemimpin pelajar bukanlah suatu yang mudah. masa memainkan peranan pnting dalam melalui segala ini. Bila ada urusan rasmi semasa kuliah sedang berjalan, in ilah yang amat merunsingkan... pada peringkat awal2, mmg rakan2 dan pensyarah akan memahami situasi kita. tapi bila sudah jadi acap kali, ini akan meloyakan mereka. manakan tidak disenangi, jika aktiviti perbincangan dalam kumpulan kami tidak terlibat, kerja dalam kumpulan, kami tak sertai dengan menyeluruh dan banyak program2 kelas yang kami tak dapat sertai. Walaupun kami mendapat pengecualian kuliah secara rasmi, namun aku tetap Sedih dengan apa yang berlaku. bukan kerana sikap atau perlakuan rakan2 sekelas, mmg betul tindakan dan perasaan mereka itu. apa yang mnyedihkan aku adalah pengurusan masa yang tidak sistematik. Sukar untuk mngatur masa pada ketika itu. kebanyakan aktiviti2 atau program2 yang dijalankan di IPG adalah pada waktu kuliah. kami JPP tidak boleh lari daripada keadaan ini. kami terpaksa menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami. pada waktu yang sama Core Business kami juga perlu kami jaga. Secara jujur aku katakan bahawa pointer aku jatuh sedikit pada semester pertama dan kedua semasa memegang jawatan ini. Inilah kelemahan yang perlu aku atasi.

..... bersambung pada post akan datang.
(kelebihan dan harapan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan